Saturday, August 22, 2009

PERMAINAN CONGKAK


Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional di negeri Perak.Antara permainan yang kekal sehingga hari ini ialah permainan congkak. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara membuat permainan
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.
Peraturan permainan
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah , terdapat juga beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam

MAKANAN POPULAR PERAK




Setelah puas berjalan – jalan ,apa kata pengunjung singgah sebentar di gerai dan restoran yang menyediakan makanan – makanan popular di Perak . Seperti yang kita maklum , sememangnya Perak terkenal dengan keenakkan juadah makanan tidak kira dari segi lauk pauknya malahan juadah pencuci mulut yang boleh mengamit sesiapa sahaja yang merasai keenakannya .
Ikan pekasam merupakan salah satu makanan tradisi Perak dan juga negeri – negeri yang terdapat di utara semenanjung . Keenakkan ikan pekasam yang dimakan bersama nasi panas dan juga ikan sungai bakar boleh membuka selera makan pengunjung bertambah . Pengunjung juga boleh menjadikan ikan pekasam sebagai ole – ole untuk di bawa pulang kerana ikan pekasam boleh disimpan dalam jangka masa yang lama .
Bagi pengunjung yang ingin merasai keenakkan laksa kuala kangsar bolehlah berkunjung ke bandar kuala kangsar yang menyediakan pelbagai lokasi gerai yang membolehkan pengunjung menikmati laksa ini yang tidak boleh didapati di negeri lain . Pengunjung juga boleh singgah sebentar di sungai Perak untuk merasai laksa ini sambil melihat panorama sungai Perak . Laksa yang diperbuat daripada tepung beras ini dihidangkan secara segar berbanding dengan laksa yang berada dipasaran selain kuahnya yang menjadikan laksa Kuala ini begitu popular di negeri ini malahan di negeri lain juga .
Jikalau berkunjung ke negeri Perak tidak sah rasanya jika pengunjung tidak menikmati gulai tempoyak yang sememangnya menjadi makanan tradisi negeri ini sejak turun temurun . Pengunjung boleh menikmati gulai tempoyak mengikut selera mereka samaada ingin memilih ikan sungai , ikan keli , haruan dan sebagainya . Selain itu juga tidak lengkap rasanya jika tidak merasai sambal tempoyak yang dinikmati dengan ulam – ulaman tempatan yang dimakan pula bersam nasi panas . Pengunjung pasti menikmati kelazatan makanan ini sehingga menjilat jari !! Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan – makanan ini jika berkunjung ke negeri ini .

PUALA PANGKOR



ckitBagi mereka yang ingin menenangkan fikiran dan ingin bersantai bersama keluarga apa kata berkunjung ke Pulau Pangkor….Pulau Pangkor menjanjikan pelbagai aktiviti kepada pengunjungnya samaada pengunjung kecil malahan kepada orang dewasa .
Jika berkunjung kesini jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti “ snorkeling”.Pengunjung pasti terpukau dengan kejernihan airnya disamping pelbagai spesies ikan dan juga terumbu karang .
Bagi pengunjung yang mengemari aktiviti lasak , jangan bimbang kerana pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan jika berada disini . Pengunjung boleh mencuba aktiviti seperti “ jungle treks” , “ canoe “,dan pelbagai aktiviti menarik lagi .Anda pasti berpuas hati dan ingin mencuba lagi .
Jadi jangan lepaskan pelung untuk berkunjung kesini untuk menyaksikan keasyikan Pulau Pangkor ini . Anda pasti terpesona!!

ZOO TAIPING


Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan kepada pengunjung dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi.
Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 2003, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu) . Pengunjung pasti terpesona dengan keunikan dan kepelbagaian spesies binatang yang terdapat di zoo ini .

LEMBAH BELUM


Bagi pengunjung yang mencintai alam sekitar bolehlah pengunjung ke Lembah Belum yang sememangnya menyediakan panorama indah dan juga udara segar kepada pengunjung . Lembah Belum merupakan sebuah kawasan hutan simpan yang melebihi 130,000 hektar di hulu Sungai Perak, Perak Utara, Malaysia. Sebahagian Lembah Belum telah ditenggelami air berikutan pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1974, dan kini kemuncak banyak bukit dahulu telah menjadi pulau-pulau di tengah-tengah sungai seperti Sungai Sara.
Lembah Belum adalah kaya dengan hidupan liar serta spesies tumbuhan dan walaupun terpencil, kini semakin popular sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi mereka yang merupakan pencinta alam.
Selain daripada mengunjungi Hutan Simpan Belum untuk melihat pokok bunga Rafflesia yang merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia, pelawat-pelawat juga dapat menyertai safari sungai di Sungai Sara untuk melihat bukit-bukit yang telah ditenggelami atau untuk membuat perjalanan jauh dalam hutan. Jika bernasib baik, pelawat-pelawat juga akan dapat melihat sesetengah haiwan dalam persekitaran semula jadi. Bagaimanapun, haiwan-haiwan di sini amat susah dilihat disebabkan hutan yang amat padat. Pengunjung boleh melihat cara hidup orang asli dengan berkunjung keperkampungan orang asli yang terletak dilembah belum ini. Kebanyakkan orang asli disini mengamalkan cara hidup sederhana, serta bekerja sebagai pemungut hasil hutan untuk menyara kehidupan mereka .

MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR



Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid yang terletak di Bukit Chandan, Kuala kangsar Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih. Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Masjid ini telah direka oleh Encik Hubbeck yang menggunakan senireka Moor dan juga Encik Caufield jurutera Negeri Perak yang telah ditugaskan untuk mereka masjid ini. Pengunjung yang datang pasti terpesona dengan keindahan struktur masjid ini samaada dari dalam mahupun luar masjid . Kebanyakkan bahan binaan masjid ini diimport dari luar negara seperti dari London dan juga Itali .

MENARA CONDONG TELUK INTAN


Antara tempat menarik yang perlu anda kunjungi jika berkunjung ke negeri Perak ialah Menara Condong yang terletak di bandar Teluk Intan.Menara ini kalau dilihat seakan menara Pasi di Turki .Menara Condong yang terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di jantung bandar Teluk Intan, Perak menjulang setinggi 85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi. Reka bentuk binaanya agak unik dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina iaitu pagoda sebagaimana binaan-binaan yang lazim terdapat di negara China. Seimbas pandang luaran menara ini kelihatan memiliki lapan tingkat berpandukan atap berbentuk payung yang dibina melingkari puncak menara. Tetapi hakikatnya ia hanya mempunyai tiga tingkat sahaja . Pengunjung yang ingin merakam gambar kenangan atau melihat panorama bandar ini bolehlah menyusuri anak tangga yang disediakan. Hal ini kerana sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan tingkat demi tingkat.