Saturday, August 22, 2009

MAKANAN POPULAR PERAK




Setelah puas berjalan – jalan ,apa kata pengunjung singgah sebentar di gerai dan restoran yang menyediakan makanan – makanan popular di Perak . Seperti yang kita maklum , sememangnya Perak terkenal dengan keenakkan juadah makanan tidak kira dari segi lauk pauknya malahan juadah pencuci mulut yang boleh mengamit sesiapa sahaja yang merasai keenakannya .
Ikan pekasam merupakan salah satu makanan tradisi Perak dan juga negeri – negeri yang terdapat di utara semenanjung . Keenakkan ikan pekasam yang dimakan bersama nasi panas dan juga ikan sungai bakar boleh membuka selera makan pengunjung bertambah . Pengunjung juga boleh menjadikan ikan pekasam sebagai ole – ole untuk di bawa pulang kerana ikan pekasam boleh disimpan dalam jangka masa yang lama .
Bagi pengunjung yang ingin merasai keenakkan laksa kuala kangsar bolehlah berkunjung ke bandar kuala kangsar yang menyediakan pelbagai lokasi gerai yang membolehkan pengunjung menikmati laksa ini yang tidak boleh didapati di negeri lain . Pengunjung juga boleh singgah sebentar di sungai Perak untuk merasai laksa ini sambil melihat panorama sungai Perak . Laksa yang diperbuat daripada tepung beras ini dihidangkan secara segar berbanding dengan laksa yang berada dipasaran selain kuahnya yang menjadikan laksa Kuala ini begitu popular di negeri ini malahan di negeri lain juga .
Jikalau berkunjung ke negeri Perak tidak sah rasanya jika pengunjung tidak menikmati gulai tempoyak yang sememangnya menjadi makanan tradisi negeri ini sejak turun temurun . Pengunjung boleh menikmati gulai tempoyak mengikut selera mereka samaada ingin memilih ikan sungai , ikan keli , haruan dan sebagainya . Selain itu juga tidak lengkap rasanya jika tidak merasai sambal tempoyak yang dinikmati dengan ulam – ulaman tempatan yang dimakan pula bersam nasi panas . Pengunjung pasti menikmati kelazatan makanan ini sehingga menjilat jari !! Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai makanan – makanan ini jika berkunjung ke negeri ini .

No comments:

Post a Comment