Friday, October 2, 2009

TASIK RABAN

Bagi mereka yang suka makan ikan sungai dan merasai sendiri keenakannya…bolehla singgah sebentar di Tasik Raban sebelum meneruskan ke destinasi yang ingin di tuju . Para pelancong akan dapat merasai sendiri keenakan ikan bakar yang sememangnya terkenal disini dan juga di negeri Perak . Selain itu juga , para pengunjung jangan lepaskan peluang untuk memancing serta membawa hasil tangkapan mereka . Bak kata pepatah orang berkunjung disini pasti tersenyum riang dengan hasil tangkapan mereka . Jadi apa tuggu lagi !!

MUZIUM ARKEOLOGI LENGGONG

Jika anda yang seorang pecinta sejarah..Muzium Arkeologi ini pasti akan dapat membawa anda kepada era lampau . Muzium ini sebenarnya dibina berdasarkan signifiken Tapak Arkeologi zaman paleolitik yang wujud 74 ,000 tahun dan B.P. Muzium ini merupakan penyumbang data kepada material dan teknologi zaman Paleolitik masyarakat kuno .Di antara koleksi yang menarik perhatian pelancong yang datang kesini ialah Perak Man .

Seni tekat

Tekat benang emas merupakan salah satu keunikan yang terdapat di negeri Perak . Seni ini juga sememangnya terkenal di Bandar Kuala Kangsar . Tekat yang dijahit diatas kain baldu ini biasanya digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan , kelahiran , berkhatan , peminangan dan seumpamanya . Keunikkan seni ini juga akan menawan sesiapa sahaja yang memandangnya . Bagi pengunjung yang ingin mendapat koleksi tekat bolehla berkunjung di perusahaannya di Bukit Chandan ..…